Thursday, July 2, 2009

Penjagaan Tingkahlaku dan Adab Temuduga

1. Jangan sekali-kali menipu semasa dalam temuduga.

2. Jika anda tidak tahu jawapan, janganlah cuba hendak berbohong
ataupun mendiamkan diri sahaja. sebaiknya anda bercakap terus
terang sahaja yang anda tidak tahu jawapannya.

3. Bersedia memberitahu penemuduga tentang keluarga anda,
persekolahan, kegemaran dan aktiviti anda.

4. Jangan cuba berbincang apa-apa masalah peribadi anda semasa
temuduga. Mereka tidak ingin mendengarnya.

5. Jika ditanya pengalaman bekerja dahulu, berilah keterangan dengan
ringkas dan tepat.

6. Jangan sekali-kali anda memburukkan bekas majikan anda. Ceritalah
yang baik-baik sahaja.

7. Nyatakan kelayakan dan kelulusan anda yang sebenarnya, tetapi
janganlah membangga-banggakan diri sekiranya kelayakan anda itu
terlalu hebat.

8. Anda hendaklah mengetahui serba sedikit akan tugas-tugas yang
berkenaan dengan jawatan yang dipohon itu.

9. Biarkan panel penemuduga sendiri yang akan menamatkan
temuduga.

10. Anda perlu ucapkan terima kasih kepada penemuduga kerana telah menemuduga anda.

2 comments:

  1. speaking thru experience?

    ReplyDelete
  2. Yup..ini adalah pengalaman drpd org yg pernah ditemuduga..dan dia ingin kongsikan rahsianya..olh itu terhasil la ebook ini.

    ReplyDelete